KULAT tahi boleh didapati antaranya pada permukaan najis kuda. Terima kasih di atas penciptaan kamera "high speed" yang membolehkan kita menyaksikan kelajuan luar biasa spora kulat ini.
Spora kulat mampu memecut dengan kepantasan antara 0 hingga 20km sejam dalam masa 2 per sejuta saat dan boleh membawa daya tarikan sehingga 20G.
Ia kelihatan seperti mentol-mentol kecil yang dipenuhi dengan cecair. Sekali imbas, ia seperti hilang secara tiba-tiba kerana kelajuan memecutnya yang sangat luar biasa.
Di bawah kamera berkelajuan tinggi, jelas kelihatan bahawa ia sebenarnya meluncur laju meninggalkan permukaan najis. Secara perbandingan, ia seperti kelajuan manusia yang dicampakkan dengan kelajuan 100 kali ganda kelajuan bunyi.
Kajian mendapati kelajuan pantas ini sangat membantu spesis kulat ini untuk membiak. Spora yang bergerak pantas ini perlu dimakan oleh kuda, maka ia perlu bergerak sepantas dan sejauh yang boleh.
Ini kerana, kebiasaanya kuda tidak akan makan rumput yang terletak berhampiran dengan najisnya sendiri. Ini membolehkan ia bergerak sehingga sejauh 6 kaki dari permukaan najis untuk berada di permukaan rumput-rumput yang segar.
Sumber: YouTube