SEGELINTIR perniagaan keluarga akan berakhir selepas satu atau dua generasi. Namun berlainan pula dengan sebuah perniagaan keluarga, RJ Balson and Sons yang berjaya mencipta sejarah tersendiri sejak tahun 1535.
Semasa Balsons memulakan perniagaannya menjual sausage dan daging babi, waktu itu Raja England, Henry VIII masih menduduki tahta. Saat itu persaingan daripada pelbagai pasaraya dan rangkaian kedai makanan segera begitu hebat.
Kini, selepas 476 tahun beroperasi dan melalui 25 generasi berusaha gigih membangunkan perniagaan, RJ Balsons and Sons telah dinobatkan sebagai perniagaan keluarga tertua di Britain.
Pengasas perniagaan itu, John Balson, memulakan perniagaan itu pada pertengahan awal abad ke 16 dengan sebuah gerai (stall) pasar secara kecil-kecilan
Namun hari ini, pelanggan sudah boleh membeli produk keluaran Balsons sehingga ke Amerika Syarikat secara online. Berikut gambar gerai mereka di awal waktu memulakan perniagaan.
Presmis mereka di Bridport menawarkan sekitar 20 jenis sausage termasuk, rusa, babi, burung unta dan itik juga lain-lain daging seperti pheasant dan guinea fowl
Premis tersebut sudah bertapak di situ sejak tahun 1880, dan terletak tidak berapa jauh dari tapak di mana pengasas asal perniagaan itu memulakan perniagaan gerai pasar, setahun sebelum Anne Boleyn dipancung.
Menurut Institusi Perniagaan Keluarga Britain, ini menjadikannya sebuah perniagaan tertua dan berterusan di United Kingdom.
Pemilik terkini syarikat itu, Don Balson yang meninggal dunia pada umur 88 baru-baru ini (tahun ini) pernah berkata "Cinta kepada kerja yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi, menjadi antara faktor utama kejayaan kami untuk bertahan".
Berikut sebuah dokumen bil transaksi perniagaan tertua yang masih berada dalam simpanan syarikat Balsons and Sons yang bertarikh 17 Julai 1897.