PERLAWANAN peringkat akhir Silat Olahraga antara Thailand bertemu Indonesia pada temasya Sukan Sea ke 26 menyaksikan satu adengan lucu dan memalukan dari pesilat Indonesia.
Perlawanan merebut pingat emas bagi kedua-dua negara itu disulami dengan aksi memalukan apabila pesilat Indonesia dilihat melarikan diri daripada pihak lawan.
Bukan itu sahaja malah, pesilat Indonesia yang memakai bengkung berwarna biru itu turut bersembunyi di belakang pengadil bagi mengelakkan diri daripada lawannya.
Rakaman video menunjukkan pesilat dari Indonesia menggunakan taktik kotor menggigit bahu pihak lawan dan melarikan diri ke sekeliling gelanggang. Bagaimanapun, perlawanan ini dimenangi oleh pesilat dari Indonesia.