Babi "perkasa" jadi simbol harapan meneruskan hidup



SEEKOR babi yang berjaya meneruskan hidup selama 36 hari terperangkap di bawah serpihan runtuhan dalam bencana gempa bumi Sichuan, China pada 2008 kini diangkat menjadi satu "simbol harapan".

SEORANG pelawat bermain dengan "babi perkasa" yang jinak

Disifatkan sebagai popular seperti watak Babe dalam sebuah filem tahun 1995, babi betina itu kini bagaikan bintang popular malah diberikan nama baru Zhu Jiangqiang yang bermaksud babi perkasa.

Fan Jianchuan telah membelinya dengan harga 13,000 yuan (RM6,381), seterusnya dipamerkan di Muzeum Peringatan Gempa Bumi Sinchuan yang kini telah berjaya menarik sejuta pengunjung setahun.

"Ia merupakan satu keajaiban yang menunjukkan semangat untuk hidup, satu semangat yang sangat diperlukan dalam saat genting dalam situasi bencana" kata Fan.

Zhu Jianqiang, saat ditemui di bawah runtuhan Gempa Bumi Sichuan 2008 (gambar kanan)

Babi berusia 4 tahun ini kini menjalani kehidupan bagaikan seorang pekerja "kolar putih" di muzeum tersebut kerana terpaksa bangun seawal 10am dan berehat pada pada pukul 5pm setiap hari.

Kadang kala ia beberapa kali tertidur di saat "waktu pejabat" namun tiada siapa yang akan mempedulikan atau memarahinya.

Pekerja di muzeum tersebut akan menyediakan sebiji kek jagung dan menganjurkan satu majlis sambutan sederhana sempena ulang tahun ia diselamatkan setiap tahun.

Babi Perkasa ini nampaknya sudah sembuh sepenuhnya daripada keadaan "trauma" bencana gempa bumi yang menimpanya beberapa tahun lepas. Ia dilihat riang mengambil gambar bersama pengunjung yang hadir.

"Bintang popular kami berada dalam emosi yang baik, ia suka berdampingan dengan orang ramai. Kadang kala ia akan menghidu-hidu beg pelawat yang hadir," kata Wang Fuqing yang menjaga babi seberat 225 kg itu.

"Tapi ia sukar untuk bangun setiap pagi. Selepas saya menjerit berulang kali kepadanya barulah ia bangun, selepas ia mengeluarkan bunyi seketika." tambahnya lagi.

Meskipun kaki kirinya mengalami kecederaan sejak peristiwa gempa bumi yang lalu dan belum pulih sepenuhnya, babi perkasa itu akan dibiarkan berjalan sejauh 1 km dua kali sehari supaya ia memperolehi latihan fan regangan yang cukup.- Free Malays

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda