Pegawai polis mabuk rempuh 2 tiang, 5 orang awam maut



SEORANG pegawai Polis yang memandu di bawah pengaruh alkohol hilang kawalan kenderaannya mengakibatkan kematian lima orang awam di China.

Tiga lagi pejalan kaki dilaporkan turut cedera Sabtu lalu dalam sebuah kecelakaan jalanraya di Runan sebuah wilayah di daerah Henan.

Kira-kira pada pukul 2.40pm waktu tempatan, pegawai Polis tersebut yang memandu van polis telah merempuh dua batang tiang lampu mengakibatkan ia tumbang dan menghempap mati empat pejalan kaki berhampiran stesen bas serta mencederakan empat yang lain.


Salah seorang mangsa yang cedera bersama tiga yang lain meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital menurut kata pihak berkuasa kerajaan.

Tiga lagi mangsa dilaporkan kini dalam keadaan stabil.


Pegawai Polis tersebut, Wang Yinpeng diberkas dan didakwa kerana mengancam keselamatan awam dengan cara yang berbahaya.

Wang merupakan seorang ketua di Balai Polis Pekan Liangzhu di Runan. Pegawai Polis itu bakal berhadapan dengan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kecelakaan tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk yang turut berkumpul beramai-ramai serta menganjurkan demonstrasi sebagai tanda protes. Demonstrasi itu turut bertembung dengan pihak Polis.

Segelintir penunjuk perasaan dilihat memukul dan menterbalikkan tiga buah kereta polis dan dua buah van.

Khabar angin mengatakan bahawa lebih ramai mangsa yang meninggal duni akibat kemalangan itu telah menambahkan lagi kemarahan penunjuk perasaan, yang tidak mahu bersurai sehingga hari Ahad.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda