Lelaki cabut matanya sendiri di gereja




SEORANG lelaki telah mencabut biji matanya sendiri di dalam sebuah upacara keagamaan besar-besaran di sebuah gereja di barat laut Itali.

Aldo Bianchini, 46, yang dilahirkan di Britain tetapi menetap di Itali, mengeluarkankan kedua-dua biji matanya dengan tangan di hadapan 300 orang penganut Kristian yang hadir di gereja St. Andrea di Viareggio, pada hari Ahad lalu.

Bianchini dilaporkan tenang dan waras ketika pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.

Menurut agensi berita Ansa, beliau memberitahu mereka bahawa ada 'suara' seseorang memberitahu supaya mencabut matanya.

Dia dibawa ke Hospital Versilia di Viareggio dan keadaan beliau digambarkan sebagai amat serius tetapi tidak membahayakan nyawa.

Paramedik mengutip bola matanya dari lantai gereja tetapi mereka gagal merawatnya semula.

Dr Gino Barbacci yang merawat Bianchini berkata, ia memerlukan kekuatan luarbiasa untuk seseorang itu mencabut mata mereka sendiri.

Beliau berkata beliau tidak pernah melihat apa-apa seperti itu sepanjang tempoh 26 tahun perkhidmatannya di dalam bidang perubatan.

Father Lorenzo Tanganelli, yang meneruskan acara keagamaan selepas kejadian itu berkata,: "Saya tidak pernah melihat begitu banyak darah sebelum ini."

Bianchini dilaporkan pernah mengalami masalah-masalah psikologi sebelum ini [Pulakdah].


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda