Kucing berwajah dua dimasukkan ke rekod dunia




SEEKOR kucing istimewa Frank and Louse, yang dilahirkan dengan dua wajah, dua mulut, dua hidung, tiga mata dulunya dikatakan menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Kini, 12 tahun selepas Marty Stevens menyelamatkannya dari dibunuh (euthanise) kerana keadaannya, kucing bermata biru ini bakal dimasukkan ke dalam Guiness World Record edisi 2012 sebagai kumpulan dikenali Kucing Janus yang hidup paling lama. Kucing Janus dinamakan sempena nama tuhan Roman yang memiliki dua wajah.

"Setiap hari adalah rahmat, kepadanya yang kini berumur 12 tahun walaupun jangka hayatnya diramalkan hanya 1 hingga 4 hari kerana keadaanya" Kata Stevens, sambil mengusap bulu lembut Frank and Louie di atas ribanya.

"Setiap hari saya berterima kasih kepada tuhan kerana masih memilikinya"

Pemilik Frank and Louise telah membawanya ke Cummings School of Veterinary Medicine di Tufts University, tempat Stevens bertugas pada waktu itu, untuk dibunuh (euthanise) sehari selepas ia dilahirkan.

Stevens menawarkan untuk membawanya pulang, namun pakar yang terlibat memberitahunya agar tidak berbuat demikian.

Kebanyakkan Kucing Janus tidak dapat hidup lama, kerana mengalami masaalah organ pembiakan, malah keadaannya mengakibatkan sistemnya mengalami kebuluran memandangkan susu yang diminumnya masuk ke ruang paru-paru menyebabkan kematian akibat pneumonia. Keadaan ini disebabkan oleh kecacatan genetik yang mengakibatkan penghasilan lebihan protein-protein tertentu.



Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda