Video payudara model Israel digigit ular




Sebuah clip video yang memaparkan rakaman payudara seorang model Israel digigit ular menjadi topik hangat di internet dan merebak begitu cepat di ruang maya sejak semalam lapor sebuah akhbar online Asiaone.

Orit Fox yang dikatakan bergaya bersama seekor ular untuk sesi pegambaran tiba-tiba dikejutkan apabila ular yang dipegang menyerang dan menggigit payudaranya hampir sahaja menyebabkan putingnya terdedah apabila dia cuba melepaskan gigitan ular tersebut dibantu oleh seorang krew.

Fox dilihat menjerit kesakitan di dalam video tersebut sementara seorang lelaki kedengaran menjerit melihatkan kejadian tersebut.

Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba membantu untuk melepaskan gigitan ular tersebut.

Video asal bertajuk "White-haired demon woman provokes python" dilaporkan mendapat tontonan melebihi 450, 000 di dalam sebuah laman sesawang cina Youku pada hari pertama ia dimuat naik ke internet.

Ia dilaporkan sebagai video paling banyak ditonton pada minggu ini.


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda