Kanak-kanak tiga tahun dengan berat 57 kg





Seorang kanak-kanak yang baru berusia berusia tiga tahun bakal menghadapi jangka hayat yang pendek di samping hidup yang sukar berikutan tabiat semulajadinya yang boleh disifatkan sebagai "hidup untuk makan".

Kanak-kanak debab itu, Lu Hao memiliki berat mencecah lima kali ganda berat kanak-kanak lain yang seusianya iaitu mencapai 57 kg.

Dia dilaporkan akan mengamuk jika tidak diberikan makanan untuk kali ketiga dan keempat pada waktu makan malam dengan lauk paha ayam dan nasi.

Akibat dari tabiat pemakanannya yang tidak terkawal ini, Lu Hao mengalami masaalah sesak nafas (nafas pendek) dan juga gemar tidur pada sepanjang waktu selain sukar untuk berjalan.

Doktor memberi amaran bahawa kanak-kanak ini berada di dalam keadaan berbahaya dan terdedah kepada ancaman, kerosakan sendi, darah tinggi, masaalah sendi, lemah jantung serta diabetis sekiranya berterusan begini.

Ibu bapanya tidak mampu untuk mengawal pemakanan anak gergasi ini kerana takutkan perangai bengisnya yang melampau.

Malah kanak-kanak gergasi ini telah dibuang daripada nurseri jagaan kanak-kanak kerana dibimbangi akan membahayakan kanak-kanak lain, lantaran itu dia hanya dibiarkan untuk bermain sendirian di rumah.

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda