Kamera perangkap kaki "skodeng"



Tidak Sopan..Natasha Yexley dan kamera yang tersembunyi di belakang seluar jeansnya

Persoalan yang menjadi isu kepada para cerdik pandai bertahun-tahun lamanya - adakah tiada masalah untuk bermain mata?
Perkara ini dibahaskan sekali lagi setelah dua gadis cantik difilemkan mengagumi belakang mereka dengan kamera tersembunyi di dalam seluar jeans mereka.

Penyebaran video " skodeng" Belakang Perempuan untuk syarikat jins Levi's telah di tonton LAPAN JUTA kali di YouTube oleh pengguna internet.

Rating klip video itu telah menurun minggu ini, tetapi sejak di muat naik semula di internet, jumlah penonton yang menonton video itu meningkat semula.

Jadi, apakah peraturan ketika anda berjalan melewati seorang gadis - atau lelaki - dengan susuk tubuh yang sempurna? Mencuri pandang tubuhnya atau apakah ia tidak dibenarkan agak tidak sopan?

Melihatkan dari pandangan umum tentang video "Melihat Belakang Perempuan, wartawan The Sun mengeluarkan "Sun Bum Cam" di British Street.

Dilengkapi sebuah kanta kecil di dalam jeans,model Natasha Yexley, 24 tahun dilepaskan di London untuk meneliti keadaan ini.


Siapapun yang memandang akan tertangkap oleh kamera. Pada Tower Bridge, dua orang pelari nyaris tersungkur saat mereka menjulurkan leher mereka untuk melihat.

Pengunjung Oxford street mencuri pandang, dirakam oleh kamera

Di pusat membeli belah Westfield di Shepherd's Bush, London Barat, laluan naik turun eskalator itu menjadi umpan untuk memerangkap mereka yang curi-curi merenung dengan pandangan yang memalukan. Bukan hanya lelaki mencuri pandang sekilas, di Oxford Street seorang wanita begitu terpaku merenung sehingga dia lupa untuk menyeberang jalan.

Pasangan komedi... Simon Hickson dan Trevor Neal


The Sun mengikut pergerakan Natasha ketika dia membeli-belah dan kami terserempak dengan lagenda rancangan Tv kanak-kanak, Trevor dan Simon, dari BBC Live& Kicking.

Simon Hickson berkata: "Sekali lagi The Sun menggariskan kajian ilmiah.Saya menyukainya". Rakan komedinya, Trevor Neal menambah: "Britain berhati-hati - 'Pencuci mata' tidak akan pernah selamat lagi."

Jadi, bagaimana Natasha rasa mengetahui betapa banyak orang yang mencuri pandang belakangnya?

Dia berkata: "Semua orang melakukannya, hanya saja tidak ada orang yang tahu."


Sehingga hari ini...

Di sini, The Sun mendedahkan hasil 'Bum Cam' dari bandar-bandar lain dan menjelaskan cara kerja alat ini menangkap kaki 'skodeng'.

Perempuan juga tidak lari dari memberi renungan tidak sopan di Westifield

BIRMINGHAM
Di Midlands Iskra Lawrence, 20, Iskra Lawrence yang berkaki panjang, dilihat di tatap semua orang yang lalu di belakangnya.

Gadis kami menuju ke pusat membeli belah berhampiran stesen Street Baru untuk membiarkan Bum Cam melakukan tugasnya.

Pinggul yang cantik..Iskra Lawrence

Pekerja kedai bunga di Pusat Bandar Deanna Poole, 20, berkata: "Saya dapat melihat semua orang merenung ke arahnya.

"Mereka perlu memastikan mereka tidak tertangkap atau mereka boleh mendapat masalah besar."

Guru sekolah Jack Crawford, 20, berkata: "Ia adalah pujian jika kita merenung - itu menunjukkan dia punya pinggul yang mantap".

MANCHESTER
Si Jelita, Kate Waldron, 21, itu ditoleh dalam sesaat oleh baik lelaki mahupun wanita.

Seorang lelaki bahkan berani berpusing untuk merenung walaupun sedang berjalan dengan teman wanitanya.
Menoleh..Kate Waldron


Salesman Greg Evans, 22, berkata: "Apa yang membuat saya tertawa adalah ketika anda menangkap lelaki melihat punggung teman wanita anda."

Kate, seorang mahasiswa dan model sambilan, berkata: "Saya tidak percaya orang yang merenung saya dengan teman wanita di sebelahnya. Dia semestinya seorang yang berani - atau teman wanitanya memahami.!"

Juru kamera yang mahir, Mark Clews, 28, memotong lubang kecil di bahagian atas jeans Natasha dan kemudian memasang kamera GoPro kecil di dalam dengan kanta tersembul melalui lubang itu.

Mencuci mata..dua orang lelaki dirakam mencuri pandang di Oxford Street

Sepintas lalu,anda tidak mungkin menegesan kewujudan kamera itu - tetapi jika anda meneliti cukup lama untuk mengetahui apa itu, anda telah benar-benar dikenal pasti dengan baik.

Mark menjelaskan: "Kamera ini memiliki lensa besar dan boleh merakam daerah yang sangat besar. Siapapun yang mencuri pandang akan dirakam.

"Kamera ini mampu merakam selama dua jam setengah dalam satu waktu, jadi ramai orang yang mengerling akan tertangkap oleh kamera.

"Alat ini digunakan untuk mendapatkan sudut yang besar dalam liputan sukan, jadi ia adalah sangat bagus.

"Itu mempunyai ketahanan yang baik untuk di letakkan dalam jeans - dan hasil membuktikan Bum Cam adalah kejayaan yang nyata.

Sumber: The Sun

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda