Kad merah..pemain kasar
Seorang pengadil mencipta rekod dalam arena bola sepak kerana melayang 36 kad merah dalam satu perlawanan bola sepak.
Pegawai yang marah, Damia Rubino mengusir semua 22 pemain termasuk pemain simpanan bersama kakitangan teknikal apabila pergaduhan antara pasukan mula belaku.
Malam semalam, jurulatih salah satu pasukan yang agak gementar menceritakan bagaimana dia meminta polis untuk mengunci pemain-pemain lawan di dalam bilik persalinan.
Domingo Sganga berkata: "Mereka ingin membunuh saya."
Pesaing pasukan Argentina Claypole - yang mengalahkan pasukannya Victoriano Arena, 2-0, menuduh pengadil sangat melampau sehingga menimbulkan pergaduhan di Buenos Aires.
Pengurus Sergio Micieli berkata: "Kebanyakan pemain bermain agak kasar. Pengadil menjadi keliru".
Rekod dunia pengadil paling banyak melayangkan kad merah sebelum ini berlaku ketika permainan berlangsung pada tahun 1993 di Paraguay yang melihat 20 pemain dikeluarkan.
Sumber: The Sun