Benarkah kucing ini boleh menghidu kematian?



Ketika seekor kucing bernama Moggy Oscar duduk bersimpuh di tepi seorang pesakitresiden kejururawatan "Stree House", ia selalunya membawa satu maksud.

Di gelar "kucing kematian", kucing ini sering memiliki kemampuan luar biasa dan doktor percaya ia telah meramalkan kematian lebih dari 50 pesakit.

Dan sekarang moggy yang kini telah berusia lima tahun telah menangkap perhatian pengarah filem di Hollywood.

Saat Oscar duduk di samping seorang pesakit di rumah kejururawatan di Rhode Island, New England, doktor tahu bahawa mereka harus bertindak. Keluarga pesakit dipanggil untuk mengucapkan selamat tinggal dan kadang-kadang paderi memberikan upacara ke ugamaan terakhir.

Oscar dianggap mampu mengesan waktu di mana pesakit akan meninggal dalam masa 24 jam. Ini adalah kemahiran yang sangat luar biasa - dan lebih-lebih kerana ia adalah seekor kucing.

Oscar pertama kali mendapat perhatian umum selepas sebuah artikel di New England Journal of Medicine empat tahun lalu menyiarkan, di mana saat ia telah meramalkan 20 kematian.

Dr David Dosa telah melihat Oscar melakukan pemerhatian di tingkat tiga "Steere House" dan Pusat Penjagaan dan Rehabilitasi selama lebih daripada lima tahun.

Dan dia baru saja menulis sebuah buku tentang keistimewaan Oscar yang kini telah diadaptasi untuk filem Hollywood.

Dr dosa berkata: "Saya seorang doktor dan tingkat tiga ini adalah perhentian terakhir bagi ramai pesakit yang mengalami keabnormalan otak akibat kecedaraan.

"Saya umumnya doktor terakhir yang merawat pesakit.

"Ketika saya pertama kali bertemu Oscar pada tahun 2005, ia akan menatap ke luar jendela sepanjang hari tetapi kemudian, ia mula memanggil semua yang berada di tingkat tiga. Kelakuan barunya mendapat perhatian semua orang."

Dr Dosa menyatakan Oscar kini telah berjaya meramalkan kematian lebih dari 50 pesakit.

Dia berkata: "kucing ini nampaknya benar-benar tahu bila orang akan mati. Mula-mula kami semua ragu-ragu tapi kita punya banyak kesempatan untuk menyaksikan kejadian tersebut ."

Tanda-tanda pertama biasanya datang dalam masa 24 jam sebelum pesakit meninggal, ketika Oscar meninggalkan tempat kegemarannya di bawah meja doktor atau di ruangan kosong dan bersimpuh di samping seorang pesakit tua.

Jika mereka tidak bersedia untuk mati, Oscar akan meninggalkannya.

Dr dosa berfikir bahawa kemampuan Oscar dikaitkan dengan deria akut nya pada bau.

Dia berkata: "Apabila sel-sel mati, karbohidrat banyak terdegradasi kepada sebatian oksigen yang berbeza termasuk pelbagai keton - campuran kimia dengan aroma yang harum.Mungkinkah deria bau Oscar tahapnya lebih tinggi sehingga dapat menghidu sebatian kimia dikeluarkan sebelum mati?."

Salah satu kes yang dibahaskan oleh Dr Dosa dalam bukunya adalah tentang pesakit bernama Ruth Rubenstein, yang berumur sekitar lapan puluhan.

Oscar telah mengikuti seorang jururawat yang membuat rondaan, tetapi ketika mereka tiba di bilik Ruth ia menolak untuk meninggalkan sisi tempat tidur wanita tua itu.

Dr Dosa berkata: "Oscar melompat ke tempat tidur wanita itu Ia menatap pesakitnya. Ia melingkarinya sekali, dua kali - mencari tempat untuk bersimpuh di samping pesakit itu"

Maria Miranda, seorang jururawat yang menjaga di siang hari, menganalisa pesakit, tetapi secara perubatan tidak ada lagi yang boleh dilakukan.

Oscar tidak meninggalkan Ruth sampai dia meninggal - pada hari yang sama.

Oscar tidak pernah punya ramalan yang salah tetapi Dr Dosa mengakui keistimewaan Oscar meramal tidak selalu diterima.

Dia berkata: "Perilaku Oscar menakut ramai orang tetapi bukan pesakit - mereka merasa nyaman - tetapi keluarga merasa marah dan sedih"

Dia menambah: "Ini adalah tugas jururawat untuk memberikan rawatan dan itu adalah tugas Oscar untuk menyediakan rasa persahabatan pada saat-saat terakhir.

"Dia adalah seperti keluarga kepada pesakit - walaupun dalam beberapa kes ia adalah satu-satunya keluarga kepada pesakit yang sebatang kara."

Banyak penghuni residen di rumah kejururawatan itu menderita demensia dan mungkin tidak menyedari pentingnya lawatan Oscar.

Namun Dr Dosa berkata: "Kehadiran Oscar sekitar pesakit tampaknya selalu membawa senyum terakhir sebelum kematian mereka."

Sumber: The Sun

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda