Seorang wanita berpangkat moyang hari ini mendakwa dirinya merupakan pengguna Facebook paling tua melalui pengumumannya di status akaun facebooknya menerusi sebuah peranti iPad.
Wanita ini menyertai rangkaian sosial Facebook untuk memantau aktiviti 7 orang cucu dan 13 cicitnya setiap hari.
Dua bulan lagi sebelum hari lahirnya yang ke 104 tahun, keluarga kepada Lillian, wanita warga emas yang 'berjiwa muda' ini percaya bahawa dia merupakan pengguna paling tua di kalangan 500 juta pengguna seluruh dunia.
Pesara tersebut dikatakan telah merampas gelaran daripada bekas pengguna Facebook paling tua Ivy Bean yang telah meninggal dunia pada umur 104 tahun semasa tidur Julai lalu.
Menurut Lillian, dia adalah seorang peminat tegar laman sosial itu. "Saya sukakannya - ia sangat mengujakan. Ianya satu cara yang hebat untuk mengetahui banyak perkara. Tapi ia juga sangat membuang masa. Banyak lagi perkara lain yang boleh saya lakukan daripada sekadar bermain depan komputer".
"Sudah beberapa minggu saya menyertai facebook, sebilangan cicit kadang-kadang bosan dengan karenah saya"
"Bagaimana pun sepanjang berpuluh tahun hidup saya dah jumpa pelbagai perkara, maka tiada apa yang benar-benar mengejutkan saya"
"Saya akan membuka akaun facebook dua kali seminggu, saya memiliki kira-kira 30 rakan pada waktu ini. Setakat ini saya menggunakan iPad kepunyaan cicit saya namun saya sangat berharap untuk memiliki sebuah untuk diri saya, terdapat beberapa model baru masa kini"
Sebelum ini Ivy Bean, 104 pernah dinobatkan sebagai pengguna Facebook dan Twitter paling tua di dunia sebelum kematiannya pada bulan Julai.
Sumber: Dailymail