Jakarta - Luna Maya tidak berdaya menahan air matanya saat menjadi saksi perbicaraan kes Ariel Peterpan di Bandung, Isnin (20/12/2010). Ariel dikatakan tidak sampai hati melihat keadaan kekasihnya itu.
"Pasti pressure-nya tinggi di dalam sana" kata penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ada apa denganmu?' saat ditemui selepas perbicaraan di Bandung, Jalan LRE Martadinata, Jawa Barat, Isnin (20/12/2010).
Dalam perbicaraan itu, Luna Maya menjadi saksi bersama managernya, Puri, lelaki yang dipercayai menyebarkan penyebar video lucah Redjoy dan Anggit. Sementara itu bekas isteri Ariel, Sarah Amalia enggan hadir di mahkamah.
Ariel mengakui bahawa dia berpuas hati dengan kesaksian kekasihnya dan saksi-saksi yang lain. Setakat ini, pelakon filem 'sang mimpi' itu hanya berharap perbicaraan agar berjalan lancar, dan cepat selesai.
"Sejauh ini puas-puas saja," katanya. Ariel akan menghadiri perbicaraan lagi perbicaraan pada 23 Disember akan datang.
Sumber: Detikdaily