Calon presiden cedera teruk dipukul Polis





Calon presiden Belarus, Vladimir Neklyaev cedera teruk apabila Polis memukul penunjuk perasaan dengan kayu baton semasa demonstrasi yang diadakan selepas pilihanraya negara berkenaan.

Ribuan penyokong pembangkang telah cuba menyerbu bangunan utama kerajaan kerana membantah apa yang didakwa pembangkang sebagai manipulasi undi besar-besaran di dalam undi pemilihan presiden semalam, yang mana akan memastikan mantan presiden kembali kepada jawatannya untuk penggal ke empat berturut-turut.

Jurucakap Mr Neklyaev, 64, berkata "Beliau dipukul, Beliau tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke hospital. Penilaian awal menunjukkan bahawa beliau mengalami kecederaan pada bahagian hadapan kepalanya".


Sehingga 10, 000 penunjuk perasaan berarak menuju ke arah bangunan yang diliputi salji di ibu negara Minsk sebaik sahaja proses pengundian tamat dan para pengundi meramalkan kejayaan Lukashenko, yang telah memerintah bekas republik soviet itu sejak tahun 1994.

Kemudian Polis menyerang, memukul penunjuk perasaan dengan menggunakan kayu baton. Segelintir penunjuk perasaan dilaporkan melontar batu dan bebola salji ke arah Polis.

Sumber: Daily Mail

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda