Pengasas Wikileaks Julian Assange dikatakan menggoda seorang gadis, dengan kehadiran teman lelakinya seorang wartawan, saat mereka sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran di Stockholm menurut portal The Daily Mail.
Menurut wartawan itu lagi, Assagne, 39 tidak mempedulikannya dan terus memancing teman wanitanya. Malah kekasihnya turut mengikuti Assange keluar untuk membeli rokok.
Wartawan itu berkata, "Apabila mereka tidak kembali selepas 45 minit, saya pergi melihat apa yang berlaku."
"mereka berdiri dengan sangat hampir, merapati satu sama lain tidak jauh di tepi jalan, sambil Julian Assage berbisik sesuatu di telinganya."
Wartawan berkenaan kemudiannya menyaksikan teman wanitanya berjalan bersama Assange sambil berpegangan tangan.
Dia juga mendakwa apabila pengasas Wikileaks itu dicabar, "Dia menunjukkan pose gaya kaki gaduh, dengan menunjukkan genggaman penumbuknya".
Dia berkata: "Assange kelihatan gembira apabila sengaja menghina saya". Penulis itu tidur sendirian pada malam itu.
Koordinator Wikileaks Sweden mendakwa bahawa ramai wanita yang mudah jatuh hati kepada Assange, dan selepas beberapa minit mereka akan menawarkan diri kepadanya.
Kejadian Assange menggoda wanita ini berlaku dalam minggu yang sama dia meniduri dua wanita yang menuduhnya merogol.
Hanya dua hari sebelum dia melakukan hubungan sex dengan Miss A, satu daripada penuduhnya, dan lima hari sebelum dia meniduri penuduh kedua, Miss W.
Walau bagaimanapun, Miss A bukan sahaja membenarkan Assange menidurinya, malah dia telah mengadakan sebuah parti selepas mendakwa Assange merogolnya.
Apabila diminta untuk mengulas, oleh akhbar Sweden terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atasnya, Assange menjawab: "Indentiti mereka telah disembunyikan, jadi saya sendiri tidak tahu langsung siapakah mereka."
Apabila dakwaan ini disiarkan oleh media, Assange menuduh ianya sebagai "konspirasi yang kotor".
Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Joe Bided menjenamakan Assange sebagai "high-tech terrorist" (pengganas berteknologi tinggi) dan mendedahkan secara rasmi bahawa mereka sedang mencari jalan untuk menghukumnya di Amerika.
Sumber: Daily Mail UK