Ahvaz - Pengarah Urusan Zon Bebas Cukai Arvand, mengatakan bahawa kereta milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad jenama Peugeot 504 akan turut dijual di dalam pameran kereta di Ten Days Dawn selama sepuluh hari (Februari 1 hingga 10).
Mehr News Agency memetik kenyataan Ali-Asghar Parhizkar yang mengatakan bahawa kereta presiden itu akan dilelong bersama 70 kereta klasik dari pelbagai negara dan wang yang diperolehi akan digunakan sebagai derma amal untuk membina penempatan orang cacat dan yang memerlukan.
" Kereta Peugeot 504 milik Presiden Ahmadinejad akan berada pada pameran kereta-kereta klasik " di kota Southwestern Iran Abadan, menurut Parhizkar.
Pegawai tersebut menjelaskan bahawa acara ini bertujuan sebagai daya tarikan pelancongan dan kereta yang unik akan dipamerkan di dalamnya.
Setelah mencapai kata sepakat dengan Menteri Kebajikan dan Jaminan Sosial Iran Sadeq Mahsouli serta Ketua Pejabat Presiden Esfandiar Rahim Mashaei, 1977 kereta Ahmadinejad akan dilelong, menurutnya lagi.
Sumber: Tehran Times