JIMAT - Dai Haifei, seorang arkitek berusia 24 tahun di Beijing, China menemui sebuah penyelesaian bijak memiliki tempat tinggal yang tidak perlu disewa. Dia telah membina sebuah rumah bergerak berbentuk telur yang menggunakan tenaga daripada matahari.
Struktur setinggi 6 kaki itu, yang cukup kecil untuk diletakkan di tepi tempat pejalan kaki, dibina daripada jalur-jalur buluh, beg bungkusan,serpihan kayu serta benih-benih rumput yang dijangkakan akan tumbuh semasa musim luruh.
Malah ia juga dilengkapi dengan panel solar di bahagian atas bumbungnya untuk menjanakan kuasa lampu di dalam rumah tersebut. Rumah tersebut menelan belanja sekitar $1,000 untuk dibina (6427 yen), menurut China Daily.
Sumber: China Daily