Presiden Sudan curi 9 billion dana negaranya - Wikileaks




Presiden Sudan, Omar al-Bashir dituduh memindahkan wang sebanyak $9 billion wang dana negara, ke dalam sebuah akaun peribadi miliknya di negara asing, menurut kabel diplomatik US yang terbocor.

Para diplomat memetik kenyataan ketua pendakwaraya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai berkata, wang sebanyak itu mungkin boleh disimpan di bank-bank di London.

Kenyataan itu didedahkan oleh laman web Wikileaks dan disiarkan oleh Guardian Newspaper.

Sudan telah menafikan laporan itu.

Kabel tersebut memetik kenyataan Ketua Pendakwaraya ICC, Luis Moreno Ocampo sebagai memberitahu pegawai-pegawai Amerika Syarikat bahawa sebahagian daripada dana tersebut mungkin disimpan oleh Lloyds Banking Group, yang dimiliki oleh kerajaan. Beliau dilaporkan sebagai berkata, sudah sampai masanya untuk mendedahkan pencurian yang dilakukan oleh Bashir.

"Ocampo menjangkakan sekiranya wang yang disimpan oleh Bashir ini didedahkan (beliau meletakkan angkanya sebagai $9 billion), ianya akan mengubah pandangan awam terhadap Bashir, dari seorang 'mujahid' kepada seorang pencuri". Menurut sebuah laporan dari pegawai senior Amerika Syarikat.

"Ocampo melaporkan Lloyds bank di London mungkin mengetahui di mana wang itu disimpan" Kata kabel itu.

Sumber: BBC News

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda