Polis Pakistan diarah atasi perut buncit atau disingkirkan dari tugas barisan hadapan







SEORANG ketua polis Pakistan semalam telah mengarahkan 175,000 anggotanya yang berperut buncit agar mengamalkan diet atau berhenti daripada tugas-tugas barisan hadapan yang mana disifatkan akhbar-akhbar tempatan sebagai 'perjuangan memerangi perut buncit'.

Seorang jurucakap polis, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.

Menurutnya, kira-kira 50 peratus anggota polis di Punjab mempunyai berat badan berlebihan.

"Saya sedang berdiet dan jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda?" kata jurucakap tersebut yang memetik kenyataan Habibur kepada para pegawainya pada bulan lepas.

Akhbar The News melaporkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di bandar Rawalpindi berjumlah lebih 77 peratus.

Polis menyatakan, anggota-anggota tersebut diberikan tempoh sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan berat badan.

Ia menjelaskan anggota-anggota yang dilihat terlalu buncit dan gemuk tidak akan diberikan tugas di barisan depan bermula pada 1 Julai depan.

"Sejumlah pegawai polis mengunjungi gimnasium, berjoging dan melakukan pelbagai senaman termasuk banyak berlari untuk menjadi kurus," kata jurucakap tersebut

Sumber: AFP


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda