Gambar saat bapa ugut mahu campak bayi 3 tahun dari tingkat 6





GAMBAR ini diambil ketika seorang lelaki menggantung bayi perempuannya yang berusia 3 tahun di luar tingkap dari tingkat 6 sebuah rumah pangsa kerana bertengkar dengan isterinya.

Kejadian ini berlaku di ibu negeri Selatan China, Guangzhou di dalam wilayah Guangdong beberapa hari selepas pasangan suami isteri ini berpindah ke rumah pangsa tersebut.

Jiran-jiran yang menjadi saksi memberitahu, lelaki itu dilihat membuka tingkap dan dengan tenang duduk di tebing sambil menggantung bayi perempuannya yang dalam keadaan ketakutan.



Dia kadangkala menggunakan kakinya sebagai sokongan, namun lebih banyak dilihat memegang bayinya itu dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Dalam masa yang sama kedengaran suara ibu bayi itu terjerit-jerit dari dalam rumah.

Jiran tetangga bertindak menghubungi pihak berkuasa. Lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah ini bagaimanapun akhirnya berjaya diberkas sementara bayi yang menjadi mangsa turut berjaya diselamatkan.



Sumber: Daily Mail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda