SERING kali kita lihat seekor lebah akan mati selepas ia menyerang mangsanya dengan sengat beracun yang dikeluarkan daripada punggungnya.
Tentu ada persoalan yang timbul di minda anda, apakah yang menyebabkan ia mati selepas menyerang mangsa. Seolah-olah ia seperti "pengebom berani mati" yang meletupkan diri untuk menyerang musuh.
Musuh tercedera atau mati manakala diri sendiri juga turut terkorban.
Gambar yang berjaya ditangkap oleh Eric Mussen seorang penjaga lebah daripada Jabatan Kajian Lebah di University of California di bawah mungkin boleh dirujuk sebagai jawapan terhadap persoalan itu.
Semasa menyengat musuh, seekor lebah sebenarnya melepaskan ekornya dan turut mencederakan bahagian abdomen badannya lantaran itu ia tidak lagi dapat hidup selepas menyengat.
Jelas di sini, saat seekor lebah mula menyengat ini juga bermakna ia sedang mencederakan abdomennya dan bersedia untuk mati selepas itu.
Sumber: Dailymail