Sebelum ini telah disiarkan berita mengenai penemuan huruf-huruf misteri di dalam lukisan Monalisa. Sila rujuk sini Misteri Monalisa
Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.

"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.
Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.
Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya.
Sumber: Daily Mail

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat sesak nafas semasa bermain sejenis permainan berbahaya yang kini dikatakan menjadi kegilaan di internet.
Brandon Stine (gambar) ditemui mati di dalam biliknya di Michigan, Detroit.
Ibu bapanya percaya bahawa anaknya itu telah bermain permainan "pass out", di mana pemain-pemain akan dengan sengaja menghentikan pengaliran udara ke otak agar mereka tidak sedarkan diri.
Di dalam permainan ini yang juga dikenali sebagai tap out, hangman, elevator, dan blackout, kumpulan remaja biasanya akan berpasangan di mana dua orang pemain ini akan menghentikan pengaliran udara ke otak antara satu sama lain dengan cara mencekik leher. Dengan ini individu yang dicekik akan hilang kesedaran (pensan) untuk jangka waktu yang singkat. Namun permainan ini juga boleh dilakukan sendirian.
Baru-baru ini permainan ini mendapat publisiti yang begitu hebat terutamanya di internet, apabila ramai remaja yang berkongsi gambar di facebook serta memuat naik video mereka yang sedang memainkan permainan ini di Youtube untuk dikongsi bersama rakan-rakan remaja lain di internet.
Sebuah badan bebas, The Dangerous Behaviours Foundation, DBF (Yayasan kelakuan berbahaya) yang mengambil langkah-langkah untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang bahaya dan risiko kelakuan remaja, melaporkan 26 kematian disebabkan permainan "pass out" ini di Amerika Syarikat tahun ini sehingga bulan oktober.
Menurut Yayasan itu lagi, 183 orang kanak-kanak telah terbunuh akibat bermain permainan ini sejak 2007.

Sumber: New York Daily

Para pekerja di tapak pembinaan berjaya menggali keluar 4 tan syiling purba di Huaxian, daerah Shaanxi China pada Isnin lalu.
Pihak berkuasa berpendapat bahawa syiling purba berkenaan berasal daripada zaman Dinasty Song. Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada syiling-syiling berkenaan, ia mungkin dihasilkan sekitar tahun 1102 hingga 1106.
Sumber: China Daily

Pihak ketenteraan New Zealand telah mendedahkan ratusan butir-butir beserta dokumen yang berkaitan dakwaan penemuaan objek terbang yang tidak dikenali (UFO)
Fail-fail dengan tarikh dari tahun 1954 sehingga 2009, termasuk lakaran lukisan dan tulisan yang didakwa milik makhluk asing.
Di dalam dokumen itu juga terdapat perincian peristiwa individu yang mengaku melihat UFO yang paling terkenal di Selandia Baru, yaitu ketika cahaya aneh tertangkap kamera di kota Kaikoura, Pulau Selatan pada tahun 1978.
Seorang pegawai pada waktu itu mendakwa fenomena semula jadi dapat menjelaskan kejadian itu.
Meskipun insiden ini telah menjadi berita besar di seluruh dunia, laporan ketenteraan menyebut bahawa cahaya itu mungkin berasal dari cahaya kapal yang terpantul ke awan atau penampakan planet Venus yang luar biasa.
Setelah dokumen itu diterbitkan, jurucakap Angkatan Udara New Zealand Kavae Tamariki mengatakan pihak ketenteraan tidak memiliki sumber untuk menyelidiki pengakuan individu yang melihat UFO dan tidak akan memberi ulasan berkenaan isi dokumen tersebut.
"Kami kini di dalam tahap mengumpulkan informasi. Kami tidak menyelidiki atau membuat laporan, kami tiada kaitan dengan kandungan dokumen itu," ujar Kavae Tamariki yang dipetik oleh akhbar Dominion Post.
Laporan-laporan ini diterbitkan sesuai dengan Undang-Undang kebebasan informasi setelah para pejabat memadamkan sumber nama dan identiti pengadu.
Dokumen - setebal 2.000 halaman - ini mengandungi antara lain pengakuan masyarakat, kakitangan tentera dan dan pemandu pesawat komersial yang menggambarkan pengalaman melihat keanehan, yang kebanyakan berupa cahaya yang bergerak di angkasa.
Seluruh laporan asli yang menjadi sumber laporan itu masih disimpan di dalam simpanan nasional negara.
Sumber: BBC News

Ahli pengkaji sejarah seni kini sedang menyiasat misteri disebalik 'Da Vinci Code' yang sebenar selepas mereka menemui nombor-nombor dan huruf-huruf yang dilukiskan di dalam mata pada lukisan Monalisa yang sukar difahami (enigmatic).
Hasil karya Agung berusia 500 tahun yang dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci itu telah sekian lama menjadi misteri sehingga ke hari ini, identiti wanita dengan senyuman menggoda itu langsung tidak dapat disahkan dengan tepat.
Lukisan itu juga telah dimuatkan di dalam Dan Brown blockbuster The Da Vinci Code, yang telah ditayangkan menjadi sebuah filem lakonan Tom Hanks, di mana wataknya sebagai orang yang mentafsirkan mesej-mesej rahsia yang tersembunyi di dalam lukisan Monalisa dan hasil-hasil kerja lain oleh Da Vinci termasuklah The Last Supper.

Kini Jawatankuasa Warisan Budaya Itali telah mendedahkan bahawa dengan membesarkan image yang memiliki resolusi tinggi maka nombor dan huruf pada lukisan mata Monalisa dapat dilihat.
Hari ini Silvano Vinceti, presiden jawatankuasa tersebut berkata: 'Pada pandangan kasar, simbol-simbol tersebut tidak kelihatan namun dengan menggunakan kanta pembesar ia boleh dilihat dengan jelas'
Pada mata kanannya muncul huruf-huruf LV yang mungkin boleh difahami sebagai nama pelukisnya Leonardo Da Vinci sementara pada mata kirinya juga terdapat simbol-simbol namun tidak begitu jelas pengertiannya.
Sangat sukar untuk menentukan simbol tersebut secara jelas namun ia kelihatan seperti huruf-huruf CE atau mungkin juga huruf B - anda harus sedar bahawa lukisan ini sudah berusia hampir 500 tahun, maka ia tidak akan setajam dan sejelas seperti semasa ia mula-mula dilukiskan.
"Manakal pada lengkungan jambatan di latar belakang boleh dilihat nombor 72 atau ia mungkin huruf L dan nombor 2."
Mr Vinceti, yang telah berlepas ke Paris untuk memeriksa lukisan di galeri Louvre di mana ia dipamerkan, menjelaskan bahawa di dalam siasatan ala Dan Brown yang sebenar, hal ini mula menjadi misteri apabila salah seorang anggota jawatankuasa rakan Luigi Borgia menemui senaskah buku lama yang berhabuk di sebuah kedai antik.
Buku berusia 50 tahun itu menggambarkan bagaimana mata Mona Lisa penuh dengan pelbagai tanda dan simbol-simbol dan dia menambah: 'Kami masih di awal penyiasatan ini dan kami berharap akan dapat mengorek lebih dalam terhadap misteri ini dan mendedahkan butir-butir lanjut secepat mungkin.
'Sungguh menakjubkan apabila tiada seorang pun menyedari simbol-simbol tersebut sebelum ini dan berdasarkan siasatan awal yang dijalankan kami yakin ini bukan satu kesilapan dan ia simbol-simbol ini sememangnya telah diletakkan dengan sengaja oleh pelukis'.
Mr Vinceti, merupakan sebahagian daripada kumpulan yang meminta pihak berkuasa Perancis bagi memohon kebenaran untuk mengorek jasad Da Vinci dari kuburnya dalam Istana Amboise, yang terletak di Loire Valley.
Mereka mahu melihat sama ada tengkorak pelukis masih ada di siru supaya mereka boleh cuba untuk membina semula gambaran wajahnya dan membandingkan sama ada Mona Lisa adalah potret wajah pelukis itu sendiri seperti yang dipercayai oleh orang ramai.
Segelintir pengkaji sejarah percaya bahawa Da Vinci merupakan seorang homoseksual dan dan suka berteka-teki menyebabkan ia melukis gambar dirinya sendiri sebagai seorang wanita sementara teori lain menyatakan sesungguhnya Monalisa adalah Lisa Gheradini, isteri kepada saudagar atau mungkin juga adalah ibu pelukis itu sendiri.
Enam bulan lalu, kisah Encik Vinceti termuat di tajuk-tajuk utama akhbar apabila beliau menemui tulang belulang pelukis zaman Renaissance Michelangelo Merisi, yang juga dikenali sebagai Caravaggio di Porto Ercole di persisir pantai Tuscan Italy.
Sumber: Zon Fikir