SEORANG pembunuh di China mengelakkan diri daripada diberkas oleh pihak berkuasa kerana kesalahan jenayah dengan cara menjadi seorang sami Buddha. Malah melalui penyamarannya itu, dia menjadi begitu terkenal dan dihormati.
Xu Xinlian telah melarikan diri sejak 17 tahun lalu, berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain sebagai seorang pelajar Buddha di kuil-kuil terkenal termasuk Shaolin.
Xinlian menjadi seorang sami menggunakan nama Weidi sekaligus dia boleh meneruskan penyamarannya dengan cara bersembunyi di kuil. Dia juga aktif dalam aktiviti kebajikan, memberi ucapan di peringkat antarabangsa malah dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan golongan VIP.
Di akhirnya menjadi pengurus kuil, memandu kereta mewah, malah menubuhkan sebuah lagi kuil, Kuil Xianji di Hangzhou. Selama ini tiada seorang pun tahu bahawa dia begitu dikehendaki berhubung kes pembunuhan sepasang suami isteri.
Xinlian terlibat dengan sebuah kumpulan yang menyebabkan kematian Xu Min dan isterinya serta mendatangkan kecederaan serius kepada anak mereka yang berusia 2 tahun di rumah mereka di wilayah Jiangxi.
Badan Xu Min ditemui dalam keadaan dipenuhi 56 kesan tetakan di malam serangan pada bulan Julai 1994.Tujuh lagi konco yang terlibat sudah diberkas dan dijatuhi hukuman, tiga daripada mereka dihukum bunuh. Namun Xinlian berjaya melarikan diri.
"Oleh kerana kuil itu jauh daripada masyarakat, sukar untuk polis mengesan jejak saya. Saya menghabiskan kebanyakan masa di sana dan saya tidak perlu risau tentang makanan dan pakaian" Kata Xinlian semasa diberkas.
Minggu lalu, mahkamah rendah di Bandar Jiujiang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Xinlian, namun dengan penangguhan selama dua tahun kerana dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lain dan dia mengakui kesalahannya.
"Saya menyesal atas dosa yang telah saya lakukan" Kata Xinlian di depan hakim.
Sumber: Want China Times