Lelaki tanpa kaki daki Gunung Kilimanjaro menggunakan tangan



SEORANG lelaki tanpa kaki berusia 33 tahun hanya menggunakan tangannya untuk mendaki gunung Kilimanjaro, setinggi 19,341 kaki. Pendakian itu mengambil masa selama tujuh hari.

Brave Spencer dikatakan mengalami kecacatan kedua-dua kakinya ketika berumur lima tahun akibat masaalah genetik. Beliau menjalani latihan selama setahun sebelum memulakan pendakian mencabar itu pada 12 Jun lalu bersama dua lagi rakannya.



Spencer, warga kelahiran Toronto, Kanada itu hanya menggunakan kerusi rodanya ketika melalui pendakian sukar, iaitu hanya kira-kira 20% daripada keseluruhan pendakiannya.

Memetik laporan The Sun, hanya 50% daripada keseluruhan para pendaki sebelum ini yang berjaya menawan puncak gunung itu.

Semasa kecil, doktor pernah memberitahu Spencer bahawa dirinya tidak akan dapat menyertai aktiviti kemasyarakatan akibat kecacatan yang dialaminya.

Namun beliau berjaya menafikan dakwaan itu.

Sumber: The Sun

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda