Kajian: Berjuta Wanita Berkahwin Dengan Lelaki Gay



MENURUT satu kajian yang dijalankan oleh pakar terkemuka, dianggarkan 16 juta wanita di tanah besar China berkahwin dengan lelaki homoseksual.



Profesor Zhang Bei-chuan di Qingdao Universiti, seorang yang mahir tentang AIDS dan HIV, mengatakan bahawa kerana nilai tradisional keluarga di China, kira-kira 90 peratus daripada lelaki homoseksual berkahwin kerana tekanan untuk menurut kata keluarga.

"Dalam rumahtangga, isteri-isteri mereka berjuang untuk menghadapi situasi dimana suami mereka bernafsu terhadap lelaki dan cara mereka berdepan dengan masalah mereka harus diiktiraf," katanya pada Khamis lalu.

Perkara ini berlaku kepada seorang editor majalah yang dikenali sebagai Xiao Yao, berusia 29 tahun di Xi'an, provinsi Shaanxi, yang kemudiannya bercerai dengan suami gay pada tahun 2008.

"Ramai isteri kepada lelaki gay yang saya kenali menderita kerana tidak pernah disayangi suami dan seperti saya, ada yang didera oleh suami yang mengalami tekanan," kata Xiao.

Xiao kini mewujudkan sebuah laman web yang dipanggil "Homeland of gay's wives", yang mempunyai 1,200 pengguna berdaftar dan menyediakan sokongan dan nasihat.
"Laman web itu membuat mereka berasa mereka tidak bersendirian dan memberi kuasa kepada mereka untuk membuat pilihan yang tepat," katanya.

Profesor Zhang mengutarakan pendapat bahawa menyediakan medium untuk membuat suara-suara isteri malang ini didengar adalah langkah pertama untuk meningkatkan kesedaran awam.

Walau bagaimanapun, sebahagian dari komuniti gay berfikir sebaliknya.

Xiao Dong, seorang gay berusia 36 tahun, yang mengetuai sebuah pertubuhan sivil dalam pencegahan dan kawalan HIV / AIDS, berkata: "Anggaran Zhang adalah tidak berasas dan saya juga merasakan ia hanya diutarakan untuk menyelidik isu ini. Sama ada untuk berkahwin atau tidak merupakan persoalan yang terlalu rumit di kalangan gay dan adalah hampir mustahil untuk menganggarkan bilangan lelaki gay berkahwin dengan pengiraan mudah", katanya.

"Meletakkan isteri gay di bawah "perhatian" mungkin menyebabkan salah faham orang awam yang akan menambah kebencian terhadap komuniti gay dan tidak membantu meredakan diskriminasi sosial yang sedia ada terhadap mereka," tambah Xiao Dong lagi.

Walau bagaimanapun,seorang lelaki gay dari Beijing yang dikenali sebagai Meng Lin secara terbuka percaya bahawa anggaran Zhang adalah munasabah.

"Saya sendiri hampir berkahwin dengan seorang wanita beberapa tahun lalu, tetapi akhirnya putus asa apabila saya mengetahui saya adalah HIV positif," kata Meng yang kini berusia 50 tahun.Beliau menegaskan, beliau telah memberitahu wanita itu bahawa dia adalah gay. Lelaki Gay dan isteri gay kedua-duanya merupakan mangsa diskriminasi dan stigma sosial, jadi kita seharusnya tidak hanya menyalahkan satu pihak," katanya.

Wang Zi (bukan nama sebenar), seorang lelaki gay berusia 27 tahun menyatakan bahawa dia tidak mahu perkahwinan heteroseksual, tetapi mungkin satu hari nanti dia akan dipaksa berkahwin dan menjalani hidup secara heteroseksual kerana dia tidak mahu melukakan perasaan ibu bapanya.

"Saya rela berkahwin dengan lesbian dan kami boleh terus dengan gaya hidup masing-masing dengan lebih jujur tanpa diketahui keluarga dan secara umum," katanya.
Dia mendakwa bahawa terdapat perkhidmatan mencari jodoh dalam talian disediakan untuk membantu homoseksual berkahwin.


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda