Perut Membesar Sebesar Tempayan



SEORANG wanita dari Indonesia, Suryati, 32 tahun menghidap penyakit yang dikenali sebagai Cyst-ovarium dan sedang dirawat di bilik bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang.

Wanita malang ini memerlukan bantuan dari segi kewangan yang perlu digunakan untuk memenuhi keperluan kos pembedahan dan ubat-ubatan.

Suami wanita itu yang bekerja sebagai penoreh getah hanya mempunyai pendapatan purata kurang daripada Rp 100 ribu.

"Saya pasrah kepada Allah SWT, mudah-mudahan ada masyarakat yang peduli dengan keadaan isteri dan keluarga saya ini," kata suami wanita itu, Ari Isnandar kepada akhbar Tribun.



Selama lima tahun menderita penyakit cyst-ovarium tersebut, Ari mengaku sudah berusaha sedaya upaya agar sakit isterinya boleh akan disembuhkan termasuk merujuk kepada sebuah hospital yang dikenali sebagai RSUD Soedarso Pontianak. Kos yang diperlukan untuk pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu mencecah Rp 50 juta, sehingga dirinya mengaku tidak sanggup. Saat ini kerana penyakit itu, perut Suryati telah membengkak sebesar tempayan.

Bagi sesiapa yang berniat untuk membantu keluarga Suryati boleh menghungi suaminya di nombor Hp 082159972748. Atau datang terus ke bilik bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang, Indonesia.

Sumber: Yahoo News

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda