Wang Rm1.1 juta Ditemui Terikat Dibadan Mayat



Sekadar gambar hiasan
SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Mohan Lal, 53 tahun ditemui tidak sedarkan diri diri di terminal bas di India sebelum dibawa oleh ambulans ke hospital selasa lalu.

Lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal di hospital di Chandigarh, utara India. Seorang doktor bersama anggota polis yang menerima laporan kematian itu terkejut apabila menjumpai wang tunai bernilai hampir Rs20 lakh (RM1.1mil) yang diikat pada badan lelaki itu ketika pemeriksaan ke atas mayatnya dilakukan, katanya akhbar Malaysia Nanban.

Berdasarkan pemeriksaan perubatan, punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung.

Ketika pihak polis memeriksa badan dan beg lelaki itu, mereka menjumpai wang bernilai Rs19.47 lakh terikat di sekitar dada dan buku lali dan menjumpai wang yang lain di dalam beg.

Ahli-ahli keluarga Mohan yang datang menuntut mayatnya memberitahu bahawa lelaki itu dalam perjalanan pulang ke Amritsar dari Delhi, di mana sebelum itu, dia memungut bayaran dari perniagaan barang kemas tiruan. Dia terpaksa berhenti di Chandigarh untuk mengambil bas ke Amritsar.

Tiga konstabel polis, yang membawa lelaki itu ke hospital dan menjumpai wang itu dan memulangkannya kemudiannya diberi ganjaran oleh keluarga mangsa.

Sumber: The Star

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda