Syarikat Honda Musnahkan Lebih Kurang 1000 Kenderaan Di Thailand



Honda CRV..salah satu jenis kenderaan yang terpaksa dimusnahkan
SYARIKAT Honda Automobile(M) Sdn Bhd, di Bangkok Thailand telah mula memusnahkan lebih 1,000 kenderaan yang terjejas oleh banjir baru-baru ini di Rojana Industrial Park di tengah Ayutthaya Provinsi seperti dilaporan Agensi Berita Thai (TNA) pada hari Selasa lalu.

Pelupusan itu melibatkan 1055 buah kereta baru berjenama termasuk kenderaan pelbagai jenis keluaran Honda yang tidak dapat dikeluarkan tepat pada masanya dari estet perindustrian sebelum banjir melanda baru-baru ini. Kenderaan keluaran Honda yang rosak akibat banjir dan terpaksa dimusnahkan terdiri daripada 217 buah kereta Honda Brio, 213 buah kereta Honda Jazz, 353 buah kereta Honda City, 150 buah kereta Honda Civic, 91 buah kereta sedan Accord, 30 buah kereta Honda CR-V dan satu Honda Freed.

Naib Presiden Eksekutif Kanan Honda Automobile(M) Sdn. Bhd. Pitak Pruttisarikorn, memastikan selasa lalu kepada orang awam bahawa pelupusan itu akan diselia oleh kakitangan Honda dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat, yang bertujuan untuk mencegah penjualanan semula peralatan-peralatan atau kereta-kereta yang telah rosak akibat banjir.

Prittisarikorn berkata:"Honda akan menyiarkan casis dan semua nombor siri enjin kereta yang musnah dalam laman webnya supaya pelanggan boleh menyemak dan yakin dengan produk Honda yang tersedia dipasaran.

Kilang Honda di Ayutthaya Daerah Uthai adalah antara kilang-kilang yang banyak mengalami kemusnahan oleh air banjir besar yang melanda Rojana Industrial Park baru-baru ini dan kilang-kilang yang terjejas kini sedang menjalani pemulihan.



Sumber: New Straits Times

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda