"Sarapan Pagi" Bernilai RM 120 000 Dirampas



Pihak polis berjaya menangkap seorang suspek yang disyaki mengedar dadah di tempat letak kereta di hadapan salun kecantikan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur sabtu lalu.

Ketua Polis Brickfields ACP Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata: "anggota mereka melihat seorang lelaki yang berusia 40 tahun yang berkelakuan mencurigakan sambil memegang kotak sarapan pagi. Apabila diperiksa, ia bukanlah hash coklat, telur atau McMuffin di dalam kotak McDonald, sebaliknya, ia mengandungi sesuatu yang sangat berbahaya iaitu dua paket dadah jenis ketamin seberat 2.02 kg yang dianggarkan bernilai RM120, 000"
Dadah jenis ketamin berbentuk serbuk yang biasa dipaketkan

"Kami percaya suspek sedang menunggu seorang pelanggan tetapi dia cuba melarikan diri apabila polis menghampirinya. Anggota polis kemudiannya mengejar dan berjaya menangkap suspek.,"tambahnya lagi.

Pihak polis sedang menyiasat sekiranya suspek terlibat dengan kes-kes dadah lain yang dilaporkan di sekitar Lembah Klang. Berdasarkan laporan, suspek akan ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Dalam kes lain, polis Brickfields berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 32 tahun dihadapan pusat hiburan di jalan Kuchai Lama kerana memiliki pil Eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM1,500. Dia akan ditahan reman sehingga semalam untuk membantu siasatan. Wan Bari berkata bahawa pihak polis percaya modus operandi suspek ialah menunggu pelanggan di luar pusat hiburan untuk menjual pil.

Kedua-dua kes akan disiasat di bawah Seksyen Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber: My News

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda