Pelukis terkenal New York, Ron Piccirillo hari ini mendakwa telah menemui beberapa kunci rahsia di sebalik salah satu wajah yang paling misteri dalam sejarah iaitu didalam potret Mona Lisa.
Piccirillo mengutarakan pandangan bahawa beberapa haiwan boleh dilihat tersembunyi di dalam lukisan itu apabila ia diletakkan didalam posisi mendatar. Pereka grafik Rochester dan pelukis itu berkata, singa, monyet dan kerbau boleh dilihat di sekeliling kepala Mona Lisa dan ular atau buaya boleh dilihat gambarannya berhampiran bahu kanan Mona Lisa didalam potret beliau.
Cetusan pandangan tentang kewujudan haiwan-haiwan itu disebalik potret tersebut membawa Piccirillo kepada satu jurnal yang pernah ditulis oleh Leonardo da Vinci dan beberapa petikan yang menyebut tentang haiwan yang dilihatnya.
"Apabila saya menemui jawapan-jawapan dari potret Mona Lisa yang saya panggil 'penemuan yang tidak dijangka, saya tidak lagi mencari maklumat," kata Piccirillo kepada ABCNews.com. "Saya hanya perlu meleraikan satu persatu rahsia potret ini yang akhirnya membawa saya kepada teori ini. Semuanya datang hasil dari tulisan-tulisan Leonardo yang memberi inspirasi," tambahnya lagi.
Salah satu petikan yang memberikan gambaran tentang kewujudan haiwan-haiwan tersebut berbunyi "her heart gnawed by a swelling serpent" dan, "Give her a leopard's skin, because this creature kills the lion out of envy and by deceit." Walaupun petikan tersebut tidak menyebut "Mona Lisa" secara jelas, Piccirillo mengatakan bahawa beliau percaya rujukan kepada ular dan singa merujuk kepada potret wanita itu yang mempunyai senyuman yang terkenal.
Piccirillo berkata beliau percaya bahawa Mona Lisa bukanlah orang yang benar-benar wujud, tetapi menjadi simbolik untuk melambangkan sifat manusia yang iri hati. Beliau juga percaya bahawa rahsia penemuannya yang telah berjaya dileraikan akan menjadi penting kepada orang-orang seni yang keliru dengan lukisan ini selama berabad-abad lamanya.
"Saya sedar betapa besar impak dari penemuan fakta ini di dalam dunia seni dan saya tahu ia akan menjadi perkara yang terbesar dalam tempoh 500 tahun ,"kata Piccirillo.
Piccirillo menyatakan bahawa ahli-ahli komuniti seni tidak semestinya bersetuju dengan pandangan dan pendapat Piccirillo dan kepentingan penemuan beliau.
Ada juga yang tidak menerima pendapat ini. "Saya tidak yakin kita perlu memikirkan dan mengekalkan teori ini," kata seorang Profesor Sejarah Seni dari Brown Universiti, Profesor Evelyn Lincoln kepada ABCNews.com. "Ia tidak membantu saya memahami Mona Lisa dan menganggap beliau sebagai simbol iconographic yang tersembunyi dan agak tidak berkaitan untuk mengaitkan dengan sifat iri hati," tambahnya lagi.
Lincoln memanggil teori yang diperkenalkan Piccirillo sebagai "bermasalah" dan berkata bahawa tafsiran itu lebih sesuai jika dilihat sebagai pandangan umum dan bukan apa yang cuba digambarkan oleh lukisan itu sendiri. Beliau menegaskan bahawa imej gambar Mona Lisa yang biasa dilihat bukan lukisan asal. Potret yang asal itu juga telah menjadi kurang jelas kerana dimakan usia, retak dan berminyak.
Lincoln juga menyatakan bahawa jurnal yang ditulis oleh Leonardo da Vinci sendiri telah berpecah-pecah dan mula disusun kembali bersama-sama selepas kematiannya.
"Idea bahawa kita harus mengubah posisi lukisan secara terbalik, ke bawah dan pelbagai posisi untuk mencari lambang iconographic yang memberi tafsiran sifat iri hati adalah merupakan obsesi peribadi setiap artis grafik yang seolah-olah cuba mencari maksud tersirat dari setiap lukisan yang dilihatnya," kata Lincoln. "Ia bukan sifat yang sesuai untuk Mona Lisa saya," katanya lagi.
Piccirillo pula tetap menegaskan bahawa beliau yakin dalam penilaian dan teorinya. "Saya telah menjadi pelukis sepanjang hidup saya dan sentiasa sedar terdapat misteri Mona Lisa yang perlu dileraikan, tetapi saya tidak pernah terlalu berminat untuk meleraikannya sehingga mencipta teori ini. Saya lebih berminat dalam keindahan seni itu sendiri," katanya. "Tetapi apabila anda tahu apa yang perlu anda cari, pastinya anda akan temui jawapannya di situ,"katanya.
Sumber: Yahoo News