Kek berusia 100 tahun
SEBIJI kek sempena Krismas, yang telah dibakar pada bulan Disember tahun 1911 merupakan kek tertua di negara ini selepas ia ditemui di dalam almari di sebuah rumah lama di St Louis Park dan ditemui seorang lelaki dan diberi kepada rakan sebagai bahan jenaka pada hari krismas.
Rakan kepada lelaki itu, Pierre Girard Golden Valley, Minnesota mengambil keputusan untuk menyimpan kek rempah kayu manis dan merayakan ulangtahun 1oo tahun kek itu minggu lepas.
Menurut Tribune Star, apabila dia menerima ia sebagai jenaka, terdapat nota pada bahagian bawah kek itu yang menyatakan:"Kek Xmas dibakar pada tahun 1911 oleh bapa saudara Alex yang meninggal dunia pada 27 Disember."
Satu tradisi mereka adalah merendam kek rempah dengan brendi dan rum. Selepas merasa sebahagian kek, keluarga mereka akan menyimpannya untuk setahun lagi dan lapisan lain akan ditambah.
Encik Girard mengatakan bahawa walaupun kek itu telah teberusia 100 tahun, masih terdapat bau kayu manis dan rasa rempah.
Encik Girard berkata kepada ABC News: "Saya sudah berumur 66 tahun, jadi saya tahu saya perlu mencari tempat simpanan yang kekal dan selamat untuk kek itu suatu hari nanti.
"Sejak ia telah wujud sejak 100 tahun, saya tidak suka meninggalkan pada ahli keluarga kerana ia pasti akan dibuang, tetapi saya tidak tahu jika Smithsonian akan berminat di dalamnya." tambah Gerard lagi.
Satu lagi kek, yang tidak cukup lama tetapi masih disimpan, adalah kek buah-buahan yang dibuat pada tahun 1941 di Ohio dan akan dilelong kepada pembida tertinggi.
Kek, dari kedai runcit Kroger di Ohio, ditemui terletak di ruangan bawah tanah rumah semasa lelongan estet rumah, yang dikendalikan oleh Elite Estate Group.
Larry Chaney, pemilik syarikat lelong memberitahu ABC News: kek ini masih dalam tin yang asal, tidak pernah dibuka dan mempunyai label asal pada kotak.
Kek buah berumur 70 tahun
Selama 30 tahun, kek ini telah dibawa beribu-ribu batu dan telah terdedah kepada semua jenis keadaan iklim.
Wakil pelelong itu menyatakan mereka akan berpindah lagi dan bercadang ingin mengembalikan kek itu kepada pengeluarnya iaitu Syarikat Kroger.
"Tawaran tertinggi yang dibuat untuk kek setakat ini ialah $ 125. Hasil penjualannya akan digunakan untuk tujuan amal",tambahnya lagi.
Beberapa orang yang ingin membeli kek yang berusia 70 tahun telah bertanya sama mereka boleh merasa kek itu atau tidak. Tetapi ia adalah tidak dibenarkan sebelum dijual.
Ketika kek buah itu sedang dilelong, kek Krismas yang berusia 100 tahun telah ditemui di rumah dengan Encik Gerard.
Kek tertua didunia yang masih wujud adalah kek perkahwinan empat tingkat yang dibuat pada tahun 1898 di Britain.
Sumber:Daily Mail