Kanak-kanak 9 Tahun Dipukul Dengan Batu Bata Dan Dikerat-Kerat Munggunakan Gergaji



Aliahna Lemmon menghidap masalah penglihatan dan pendengaran dan masalah emosi

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang dikenali sebagai Aliahna Lemmon telah dibunuh dengan kejam oleh sahabat datuknya. Kanak-kanak itu dipukul dengan batu-bata dan dikerat-kerat dengan menggunakan gergaji tangan sebelum kepala, tangan dan kakinya disimpan didalam peti sejuk dan anggota badannya yang lain dibuang kedalam tong sampah.

Mike Plumadore..pembunuh kejam

Kanak-kanak kurang upaya bersama dua adik beradiknya itu dijaga oleh sahabat datuknya, Michael Pulmadore,39 tahun kerana ibunya menghidap selsema dan berselisih faham dengan suaminya dan meminta lelaki itu menjaga anaknya sehingga dia sembuh sebelum dilaporkan hilang malam khamis lalu. Lelaki itu yang merupakan suspek utama dikenali keluarganya 3 tahun lalu ketika datuknya dipenjarakan bersama suspek atas salah laku seks.

Pasukan FBI datang ke rumah dimana Alhana dilaporkan hilang Fort Wayne, Isnin lalu dan menjalankan penyiasatan di kawasan yang terkenal dengan lambakan pesalah laku seks berdaftar. Sebuah helikopter juga dihantar untuk melakukan pencarian kanak.kanak itu. 100 orang pegawai kecemasan dikerah untuk mencari kanak-kanak malang itu.

Pulmadore kemudiannya disoal siasat sebanyak 2 kali dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia melakukan pembunuhan itu kerana dia sangat rapat dan menyayangi kanak-kanak itu. Dia membuat pernyataan palsu sebanyak 2 kali untuk mengaburi mata polis ketika disoal seorang detektif yang dikenali sebagai Sheriff Fries. Palmadore pernah mempunyai rekod jenayah di Florida dan North Carolina yang termasuk menceroboh dan serangan.

Pasukan Polis tidak percaya dengan pernyataan yang diberikan Pulmadore tetapi tidak menemui bukti yang dapat menyabitkan lelaki itu kepada kehilangan Alhana. Pulmadore kemudian disoal siasat buat kali ketiga yang menemukan penyataan yang mencurigakan.

Sehari selepas Krismas, dia dengan tenang telah mengakui kepada detektif bahawa dia telah melakukan suatu jenayah ngeri dan kejam iaitu membunuh kanak-kanak dengan memukul kepalanya dengan batu bata dan kemudian mengerat-ngerat badannya supaya dia boleh melupuskannya.

Dia kemudian menunjukkan kepada detektif itu, sebuah tong sampah di premis perniagaan yang berhampiran di mana mereka kemudiannya menjumpai cebisan anggota badan kanak-kanak itu seperti,lengan dan kaki yang dipercayai telah dipotong dengan gergaji tangan dan disumbat ke dalam beg sampah. Kepala, tangan dan tapak kaki ditemui di dalam peti sejuk.

Motif pembunuhan telah dikenal pasti tetapi tidak didedahkan kepada umum. Lelaki itu kemudian ditahan dan akan dibicarakan kerana membunuh.

Sumber: Daily Mail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda