Guru Kehilangan RM230 000 Kerana Cinta Palsu



SEORANG lagi wanita telah tampil ke hadapan membuat aduan bahawa dia telah ditipu sebanyak RM230, 000 oleh seorang lelaki, hampir seminggu selepas kes yang serupa telah dilaporkan dalam media.

Wanita itu, seorang guru yang mahu dikenali sebagai Margaret, mendakwa bahawa beliau adalah mangsa penipuan yang mensasarkan wanita kesepian dengan tawaran perkahwinan.

"Saya telah banyak kali melihat kes-kes seperti ini sebelum ini di dalam akhbar-akhbar. Saya fikir saya bijak dan tidak akan menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini, "kata Margaret.

Menurut guru yang berusia 41 tahun itu, dia berkenalan dengan lelaki peyamar itu dalam laman web: www.match.com. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai seorang jurutera kimia Kanada berusia 48 tahun yang bernama Kevin Joe Brown.

Margaret memberitahu bahawa mereka kerap menghubungi antara satu sama lain pada bulan seterusnya, dan interaksi mereka bertukar menjadi cinta sehingga lelaki itu melamarnya untuk berkahwin.

Semua ini berlaku melalui panggilan telefon, internet dan SMS. Kedua-duanya tidak pernah bertemu secara peribadi.

"Cara dia sangat meyakinkan. Dia memberitahu akan datang ke sini, bertemu ibu bapa saya untuk makan malam, dan melamar saya secara rasmi, "kata Margaret.

Tidak lama selepas itu, lelaki itu memberitahu bahawa dia telah berjaya mendapatkan kontrak oleh Petronas yang akan menjana keuntungan yang berlipat ganda dan tambah meyakinkan, dia menunjukkan Margaret surat kelulusan.

Walau bagaimanapun, dia mendakwa syarikatnya menghadapi masalah kewangan dan mula meminta wang dari Margeret, yang pada mulanya dalam ribu dan kemudian dalam nilai ratusan ribu.

Margaret malah meminjam wang dari Ah long untuk membantu "kekasihnya" dan akhirnya tidak lagi mampu memberi sumber kewangan kepada lelaki itu dan mencadangkan peminjam kepada lelaki itu.

Apabila lelaki itu meminta lebih banyak wang untuk mendapatkan pinjaman daripada pemiutang, Margaret mula berasa curiga dan meminta lelaki itu bersemuka dengannya serta-merta tetapi dia enggan. Margaret mula sedar dia telah ditipu dan berputus asa. Dia juga mengugut untuk membunuh diri jika lelaki itu tidak memulangkan wang tersebut.

Lelaki itu memujuk Margeret dan berjanji untuk bertemu keesokan harinya, tetapi tidak muncul dan Margaret membuat laporan polis pada 5 Sept di Balai Polis Ampang.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam, Datuk Michael Chong berkata siasatan polis mendapati bahawa akaun-akaun dimana guru itu memindahkan wang kepada lelaki itu adalah akaun milik tiga lelaki yang bertindak sebagai orang tengah. Lelaki penyamar itu telah membayar ketiga-tiga orang tengah untuk membuka akaun.

Chong mengatakan bahawa ketiga-tiga mereka mendakwa mereka tidak terlibat, tetapi polis tetap akan mendakwa mereka kerana bersubahat.

Chong berkata bahawa kebanyakan kes-kes seperti ini melibatkan wanita bujang atau janda.

"Wanita lebih beremosi, dan lelaki penipu seperti ini tahu bagaimana untuk mengeksploitasi perasaan mereka," katanya.

Chong juga berkata bahawa mengikut statistik rasmi polis, beratus-ratus orang telah dengan kes penipuan yang serupa setiap tahun.

Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket supaya tidak terjebak dengan kes penipuan seperti ini.


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda