Bukti bergambar beruang kutub adalah haiwan "cannibals"



BERUANG kutub diketahui umum sebagai haiwan pembunuh. Namun kejadian kali ini membuktikan bahawa ia bukan sahaja membunuh haiwan lain, malah ia sanggup memakan haiwan sejenis.

Seorang jurugambar, Jill Rose berjaya merakamkan gambar yang mengejutkan di mana seekor beruang kutub dilihat memakan seekor anak beruang yang lain.

Pada mulanya Jill berfikir bahawa beruang kutub ini sedang memakan seekor singa laut. Terdapat seekor anak beruang berhampirannya, Jill menjangkakan ia seekor ibu beruang.



Sebaik sahaja dihampiri, beruang tersebut dilihat berubah menjadi garang dan seolah-olah memberitahu "ini adalah makanan aku" lantas ia mengheret bangkai itu sambil dilihat cuba mempertahankannya.


Biasanya, beruang akan mencari sampah dan makanan yang ditinggalkan oleh manusia juga menjadi pemangsa kepada burung-burung laut serta telur-telurnya. Namun memandangkan tiada makanan yang ditemui ia terpaksa menyerang beruang lain.

Memakan haiwan sejenis yang lain merupakan kaedah untuk mendapatkan makanan. Barangkali inilah cara yang paling mudah buat seekor beruang kutub dewasa yang besar.

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda