2 Beradik Dikurung Bapa Dalam Bilik Air Dan Dibiarkan Kelaparan



Dua beradik berusia 2 dan 6 tahun dikurung bapanya dalam keadaan kelaparan di bilik air

POLIS terpaksa menahan bapa kepada dua orang kanak-kanak di Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang kerana merantai anak lelaki yang berusia 2 tahun dan anak perempuan berusia 6 tahun di bilik mandi dan membiarkan mereka kelaparan sebagai hukuman kerana tidak menurut kata ayahnya.

Kedua orang kanak-kanak itu bernasib baik kerana tangisan mereka didengar oleh jiran yang kemudiannya membuat laporan dan mereka diselamatkan oleh pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Polis Daerah Seberang Perai Utara, Zulkifli Alias ​berkata: "lelaki itu ditahan di rumah kedai dua tingkat di Taman Mawar selepas anak-anaknya berjaya diselamatkan pada jam 8.40 malam Rabu lalu.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu yang berusia dalam 40-an, telah merantai kedua-dua anaknya di bilik mandi sebelum meninggalkannya untuk bekerja sebagai "budak penghantar" kira-kira jam 3:00 petang. Dia merantai kanak-kanak itu kononnya untuk memberi pengajaran kepada anaknya supaya tidak membantah suruhannya.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki itu telah ditinggalkan isterinya yang berasal dari Thailand kira-kira sebulan yang lalu.

Inspektor Zulkifli berkata:" tangisan kedua-dua kanak-kanak itu telah didengar oleh jiran yang kemudiannya melaporkan kepada Pasukan Sukarelawan Kejiranan (Patrol) yang kemudian menghubungi polis dan Jabatan Kebajikan. Kanak-kanak perempuan itu memberitahu jiran mereka bahawa mereka telah dirantai oleh bapa di bilik mandi dan mereka kelaparan".

Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu rumah untuk memnyelamatkan kanak-kanak itu. Pasukan penyelamat memberi kanak-kanak itu makanan sebelum menghantar mereka ke Hospital Seberang Jaya di mana mereka telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian.

Inspektor Zulkifli menyatakan bahawa tidak ada tanda-tanda bahawa kanak-kanak itu telah didera secara fizikal tetapi polis telah mendapat perintah tahanan reman selama empat hari semalam terhadap bapa kanak-kanak itu untuk membantu siasatan di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Caring Society Negeri, Phee Boon Poh, yang turut hadir semasa operasi menyelamat menyatakan bahawa Jabatan Kebajikan juga telah mula menjalankan siasatan sendiri.

Beliau berkata:"sementara menunggu keputusan siasatan, dua beradik itu akan diletakkan di bawah jagaan jabatan dan ibu bapanya akan diarahkan untuk menghadiri sesi kaunseling.

Sumber: New Straits Times

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda