Tesco henti program kebajikan tapi sokong Festival Gay



TESCO telah mencetuskan kemarahan apabila menamatkan sokongannya kepada Cancer Research "race for life" sebaliknya membuat keputusan untuk menaja festival gay terbesar di Britain.

Segelintir kumpulan dan pengulas agama mengutuk keputusan itu dan menyeru orang ramai agar memboikot rangkaian pasaraya tersebut.

Tesco dilaporkan telah bekerjasama dengan Cancer Research selama lebih sepuluh tahun, dan berjaya mengumpul dana ratusan juta pound sterling di dalam membantu menangani penyakit yang telah menjangkiti satu pertiga penduduk Britain itu.


Rangkaian pasaraya besar itu sebelum ini memainkan peranan utama di dalam meningkatkan dana tahunan "Race for Life" sebuah program kebajikan wanita terbesar di United Kingdom.

Dilaporkan lebih £400 Juta (RM2 bilion) berjaya dikumpul sejak program kebajikan tersebut dimulakan pada tahun 1994.

Namun sebaik sahaja Tesco mengumumkan untuk menamatkan kerjasama dengan badan kebajikan itu, syarikat tersebut dilaporkan akan menaja Pride London.

Ketua Eksekutif Perkhidmatan Jualan Tesco, Andrew Higginson berkata "Pasukan kami akan menjalinkan kerjasama rapat dengan Pride London bagi memastikan festival tahun depan lebih menyeronokkan".

Ramai pihak yang kesal mengecam tindakan itu dengan alasan, Tesco sebagai rangkaian pasaraya tidak sepatutnya terlibat dengan organisasi politik yang agresif.

Sumber: Dailymail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
tudiaaa...anjur benda pelik2 lagi...baik la buat kebajikan kat org2 miskin ker,,haishh
http://dzuandiey.blogspot.com
1 reply · active 701 weeks ago
itu la kebajikan pada tesco.... semua dalam hidup ini adalah subjectif mengikut pandangan masing2, seperti agama, human right.
Kita support wtpe tesco masuk malaysia...itukan yahudi...nampak sangat BN nampak duet jee berbanding isu agama n sentimen masyarakat
Tesco ni sebenarnya syarikat yahudi. Seperti yang ditegaskan dalam salah satu `Protocol of Zion' - mereka akan mencelarukan dan menghancurkan agama - dan inilah salah saatu dari program mereka. Sokonglah yahudi demi kehancuran agama dan kebenaran.
2 replies · active 699 weeks ago
Remain_anonymous's avatar

Remain_anonymous · 701 weeks ago

Kalau dah company yahudi, mcm mana blh masuk Malaysia?

Kata anti Israel? Bangsat penipu punya jadah BN, pas, pkr, dap. Pergi mampus politik
tu kapasiti pemerintah..kapasiti kau sebagai individu, beli la kat giant.. takpun tanam sendiri, ternak sendiri lah

Post a new comment

Comments by