Jambatan dalam air dibina inspirasi dari kisah Nabi Musa




LAZIMNYA jambatan dibina di atas permukaan air bagi membolehkan pengguna melintasi sungai, parit, tasik dan sebagainya untuk ke seberang.

Lain pula ceritanya di Belanda, disifatkan sebagai sebuah "jambatan halimunan", jambatan yang dibina berinspirasikan kisah Nabi Musa membelah lautan itu dibina di bawah permukaan air.

Jurucakap pereka jambatan unik itu, Ad Kils berkata, konsep halimunan ini dapat menghalang musuh daripada melihat kita melintasi air dan konsep ini boleh dipraktikkan di dalam sistem pertahanan.

SEORANG budak lelaki kelihatan seolah-olah tenggelam di dalam air ketika melalui jambatan ini
Ditanya bagaimana jika air melimpah masuk ke dalam ruangan jambatan, Ad Kils menjawab, "anda tak perlu bimbang, kerana ia hanya risiko yang kecil".


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda