Gambar bayi yang didakwa anak Justin Bieber



SEBELUM ini Free Malays ada menyiarkan, berita seorang wanita di California memfailkan saman mendakwa penyanyi remaja Justin Bieber merupakan bapa kepada bayinya.

Hari ini gambar bayi yang didakwa sebagai anak hasil benih Justin Bieber itu mula tersebar di internet buat pertama kalinya. Gambar menunjukkan Mariah Yeater, 20 bersama bayinya yang didakwa hasil hubungan bersama Justin Bieber.


Justin Bieber menafikan bahawa Tristyn Anthony bayi berusia 4 bulan itu sebagai anaknya, namun beliau dilaporkan telah diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani ujian perubatan "paternity test" untuk pengesahan DNA.

Menurut majalah Star, Yeater mendakwa dia berusia 19 tahun semasa berasmara dengan penyanyi kelahiran Kanada itu di belakang pentas di salah sebuah konsertnya di Los Angeles pada tahun lalu.

Dia meminta mahkamah memaksa Bieber menyediakan nafkah secukupnya untuk anaknya," lapor majalah berkenaan. Sementara Dailymail melaporkan bahawa Yeater mahukan £170,000 sebagai nafkah diri dan anaknya.

Sumber: Daily Mail

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda