Penipuan judi bola, bapa Wayne Rooney ditangkap Polis!




BAPA kepada bintang bola sepak terkenal Manchester United, Wayne Rooney ditahan hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penipuan judi bola.

Wayne Snr, 48 bapa kepada bintang bola sepak yang juga pernah menyertai pasukan bola sepak England itu ditangkap di rumahnya di barat Derby daerah Liverpool.

Wayne Snr dan juga pakcik kepada penyerang England, Uncle Richie, 54 dipercayai sebagai dua daripada sembilan orang yang terlibat berhubung skandal penipuan tersebut.

Tangkapan tersebut dibuat berhubung sebuah perlawanan bola sepak di antara Motherwell and Hearts pada bulan disember tahun lalu.

Tags: , ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda