Keretapi rempuh lori minyak depan airport Kota Kinabalu





SEBUAH keretapi yang sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Papar merempuh sebuah lori minyak di sebuah simpang jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 5.30pm.

Beberapa orang penumpang keretapi berkenaan mengalami kecederaan manakala jumlah kematian tidak dapat dipastikan.

Saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut mendakwa ada mendengar letupan diikuti oleh kebakaran yang besar.

Asap tebal yang menjulang ke langit boleh dilihat dari pusat bandar yang terletak sejauh kira-kira lima km.

Keretapi tersebut disahkan sebagai dalam perjalanan menuju ke Papar berdasarkan kepada jadual harian yang didapati dari pusat kawalan.

Kecelakaan itu juga menyebabkan jalan sesak teruk di waktu puncak, terutama apabila pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Berikut antara rakaman kejadian oleh saksi yang berada di sekitar kawasan kemalangan tersebut.


Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda