Seorang lelaki yang pergi menemui doktor untuk mengadu sakit kepala terkejut apabila menyedari mata pisau sepanjang empat inci sudah terbenam di dalam otaknya selama lebih 4 tahun.
Li Fu dari daerah Yunan, China pernah ditikam dalam satu kejadian rompakan pada tahun 2006, dan mata pisau yang digunakan untuk menikamnya telah menembusi tulang tengkoraknya (kranium).
Namun begitu, meskipun dia telah menerima rawatan kerana kecederaan yang dialaminya, doktor yang merawatnya tidak menyedari tentang mata pisau yang tertanam begitu dalam di tengkorak lelaki berusia 37 tahun itu.
Apa yang lebih menghairankan, kewujudan mata pisau di dalam otak Li tidak disedari sehinggalah bulan lalu akibat sakit kepala yang berterusan akhirnya mengejutkan para doktor apabila mereka menemui hal ini selepas menjalankan imbasan sinar-x yang rutin.
Li dan keluarganya sangat terkejut melihat hasil imbasan x-ray, mereka juga meminta pandangan sebelum melakukan pembedahan