Kanak-kanak 8 tahun miliki badan berumur 80 tahun



Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, Ashanti memiliki badan yang sudah berumur seperti seorang nenek berusia 80 tahun lapor akhbar The Sun.

Kanak-kanak ini yang juga merupakan seorang warga United Kingdom menghidap sejenis penyakit "penuaan" yang ganjil.

Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome (HGP), sejenis penyakit penuaan telah dikesan beberapa minggu selepas hari lahirnya yang pertama.

Secara kasarnya, Ashanti memiliki minda dan akal seperti seorang kanak-kanak sekolah yang biasa.

Dia suka bermain bersama rakan-rakan yang lain di taman permainan.

Penyakit yang dihidapinya memberi kesan kepada kaki dan tangan serta sendi-sendi menyebabkan dia berasa terlalu sakit dan letih apabila berjalan jauh.

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda