Gajah cuba lakukan hubungan seks dengan kereta




Seekor gajah Di Afrika Selatan berasa tertarik dengan sebuah kereta kerana tersalah anggap ia adalah pasangan berlawanan jantina seperti dilaporkan The Sun.

Irishman John Somer dan Carina Lowers memandu kereta melalui Pilanesberg Game Reserve ketika mereka melihat gajah lima tan, yang disebut Amarula.

Gajah itu terus meluru ke arah kenderaan Volkswagen Passat mereka dan mula menggosok badannya ke badan kereta itu.

Gajah yang tertarik dengan kereta itu penat tidak beberapa lama kemudian dan menyandarkan badannya ke kereta.

Somer berkata, "Ketika gajah itu mula membalikkan kereta itu, saya terasa bagai nyawa saya benar-benar di awangan kerana berasa keselamatan saya terancam .

"Kereta kami terbalik di mana bumbung berada di bawah dan kami terbaring di dalamnya.

"Carina sangat takut dan ingin merangkak keluar, tapi sebelum itu saya ingin melihat di mana gajah itu berada supaya kami dapat meloloskan diri tanpa di apa-apakan.

"Ketika kami melihatnya berjalan pergi, kami merangkak keluar melalui tingkap."


Sumber: Daily Chili

Tags: ,

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda