Para peguam pengasas Wikileaks Julian Assange hari ini meluahkan kebimbangan mereka, kerana pengasas laman web pendedahan maklumat sulit itu mungkin dihukum di Amerika Syarikat sekiranya dia diekstradisi ke Sweden.
Pemberi maklumat sulit berusia 39 tahun itu dikehendaki oleh pihak berkuasa Sweden di atas dakwaan melakukan penderaan seksual ke atas dua wanita semasa lawatannya ke Stockholm Ogos lalu.
Namun begitu pihak pembelaannya percaya bahawa risiko sebenar adalah sekiranya dia diekstradisi ke Amerika Syarikat, yang mungkin membawanya kepada penahanan di Teluk Guantanamao atau mungkin menghadapi hukuman mati.
Sekiranya Assange diserahkan ke Amerika Syarikat tanpa jaminan hukuman mati tidak dijatuhkan ke atasnya, maka terdapat risiko kebarangkalian yang tinggi bahawa dia akan menghadapi hukuman mati.
Laporan asal: Daily Mail