Sebuah planet yang terletak 3, 000,000,000,000,000 batu dengan suhu dianggarkan 2,400 F ditemui dan dianggap mustahil untuk didiami oleh makhluk asing.
Planet berbatu itu diberi nama Kepler 10b disifatkan oleh ahli astronomi sebagai penemuan paling hebat dalam sejarah.
Nasa semalam mendedahkan butiran terperinci Kepler 10b, planet paling kecil pernah ditemui di luar sistem suria dan disahkan sebagai planet yang dipenuhi bebatuan.
Planet tersebut dikatakan memiliki saiz 1.4 kali ganda saiz bumi dan mengelilingi sebuah bintang sejauh 560 tahun cahaya.
Planet tersebut dikesan menggunakan Kepler Telescope bernilai £380 juta milik Nasa melalui sistem satelit, selepas pemerhatian selama lapan bulan. Kepler 10b dipercayai memiliki suhu yang sangat tinggi berikutan orbitnya yang terletak begitu dekat dengan sebuah bintang.
Penemuan planet ini disifatkan sebagai kemajuan paling mendalam sepanjang sejarah manusia di dalam bidang astronomi. Ini berikutan ia akan menjadi asas kepada pencarian planet-planet lain di angkasa yang hampir serupa dengan bumi.
Laporan asal: Daily Mail