Sumber kewangan utama laman sesawang Wikileaks Wau Holland mengumumkan bahawa badan itu kini telah mengumpulkan sejumlah $1.3 Juta hasil kutipan derma sepanjang 2010, menurut laporan daripada Wall Street Journal.
Wau Holland merupakan sumber kewangan utama untuk Wikileaks, menurut laporan jurnal tersebut. Wikileak dilaporkan sedang berusaha mewujudkan sistem gaji yang lebih teratur untuk menjadikan ia sebagai organisasi yang sah dan tidak lagi menjadi organisasi yang berasaskan hasil kerja sukarelawan.
Jurnal The Wall Street melaporkan bahawa mereka telah melalui perdebatan dalaman yang hebat sepanjang tahun untuk mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak untuk melakukan perubahan tersebut.
Pengasasnya Julian Assange menerima bayaran $86,000 sebagai gajinya tahun ini dan Wau Holland telah membayar lebih dari $130,000 bayaran gaji keseluruhan staff Wikileaks.
Walaupun kelihatan pengasas Wikileaks Julian Assange menerima sejumlah besar wang dana tersebut, Jurnal The Wall Street pantas menjelaskan bahawa Wau Holland bukanlah satu-satunya sumber dana Wikileaks.
Di bawah struktur gaji sistem Greenpeace, ketua jabatan diberikan bayaran gaji sebanyak $7,200 sebulan, kata seorang jurucakap Wau Holland.
Laporan jurnal tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa petunjuk yang menggambarkan bahawa kutipan derma laman Web Wikileaks telah menunjukkan penyusutan yang drastic untuk suku tahun kedua 2010.
Pada bulan ogos tahun ini, Wikileaks telah memperolehi $1 Juta kutipan dana, ini bermakna mereka hanya memperolehi $300, 000 sejak saat itu.
The Wau Holland Foundation is awaiting advice from its lawyers on whether the donation would be legal under German law, a spokesman told the journal.
Wau Holland kini sedang menunggu nasihat dari peguamnya sama ada tabung dana derma tersebut sah di bawah undang-undang Jerman, menurut seorang jurucakap yang memberitahu jurnal tersebut.
Sumber : Daily Mail