Kecurian organ manusia paling heboh 2010




Pada bulan May, France's National Assembly telah membuat keputusan untuk memulangkan semula semua 16 kepala-kepala orang kaum Maori yang telah diawet dan disimpan di pelbagai muzium ke tempat asal kaum tersebut iaitu di New Zealand.

Di dalam amalan tradisional kaum Maori, kepala-kepala nenek moyang mereka biasanya akan dilukiskan dengan tatoo di atas permukaan tulang tengkorak dan disimpan sebagai memuliakan semangat mereka. Namun begitu di zaman era penjajahan, berikutan ramai individu yang berminat dengan kepala-kepala ini, ia telah diperdagangkan ke negara-negara eropah pada abad ke 19.

Dipercayai kepala-kepala ini sebenarnya adalah milik hamba-hamba berbangsa Maori yang dipancung dan dilukiskan tatoo oleh penduduk tempatan yang mengambil kesempatan di atas permintaan tinggi terhadap kepala-kepala bangsa Maori yang memberikan keuntungan berlipat kali ganda.

Pernah suatu masa, kira-kira 2 dekad yang lalu, lebih 500 kepala-kepala Maori disimpan di dalam Muzeum - muzium di eropah. Berikutan seruan kerajaan New Zealand juga aktivis hak asasi, lebih 320 kepala telah dipulangkan semula ke negara asal.

"Anda tidak boleh membina budaya dengan cara menyeludup" kata Menteri Kebudayaan Perancis Frederic Mitterand pada 5 May 2010. "Anda sepatutnya membina budaya melalui perasaan hormat dan secara pertukaran suka sama suka" meskipun baru sahaja 3 tahun lalu, kementeriannya telah menghalang tawaran sebuah muzium Perancis untuk memulangkan kepala Maori di dalam simpanannya.


Laporan asal: Time Magazine

Tags:

Peringatan

Segala komen di bawah artikel ini tidak mewakili pandangan Free Malays. Sila beri ulasan, kritikan atau pandangan berdasarkan artikel di atas sahaja. Anda bertanggung jawab di atas tulisan anda