Seorang wanita warganegara Ireland didakwa di mahkamah pada hari khamis atas dakwaan cuba untuk membuka pintu sebuah pesawat Singapore Airlines semasa pesawat sedang di dalam penerbangan, lapor sebuah media Singapura.
Diana Mary Scanlon, seorang penumpang pesawat bernombor SQ327, dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar jam 7:55 am pada 30 November lalu, sejam sebelum pesawat berkenaan melakukan pendaratan di republik itu menurut Channel News Asia.
Wanita berumur 28 tahun itu dituduh mengancam keselamatan pesawat. Sekiranya didapati bersalah, dia bakal menghadapi hukuman denda $5,000 (RM11900) atau denda sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut laporan Straits Times, Scanlon dikatakan menangis apabila pertuduhan dibacakan di mahkamah.
Dia akan direman selama dua minggu di Institut Kesihatan Mental untuk proses penilaian psikiatrik dan akan kembali dibicarakan pada 29 Disember ini.