Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA dipamirkan di laman web rasmi jpj www.jpj.gov.my pagi ini.
Sebanyak 965 permohonan telah diterima oleh JPJ bagi no pendaftaran MCA dengan siri nombor 1 hingga 999 bermula 24 November hingga 14 Disember lepas.
"Antara no pendaftaran yang ditender pada harga paling tinggi adalah nombor pendaftaran 'MCA 1' iaitu pada harga RM300,100, 'MCA 2' pada harga RM101,000, dan 'MCA 8' pada harga RM88,168," menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Jalan semalam.
Katanya tender nombor terbanyak yang diterima oleh JPJ adalah untuk nombor pendaftaran 'MCA 888' dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.
Katanya lagi menerusi bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri MCA ini, JPJ dijangkakan akan mengutip hasil sebanyak RM1.5 Juta sebagai hasil kerajaan.